Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami Menunggu Respon Penjelasan Draf Mesir.

Jumaat, 24/10/2008 –Gerakan Hamas menyatakan telah menyerahkan jawapan terhadap draf Mesir untuk proses pembaikan situasi Palestin melalui wakilnya yang bertolak dari Damsyik, Rabu (22/10), ke Kaherah. Delegasi Hamas tersebut terdiri dari mantan Menteri Luar Dr. Mahmud Zehar, Menteri Dalam Negeri, Saed Sheyam dan Ketua Fraksi Hamas di Parlemen Dr. Khalil Hayah.

Jurucakap Hamas, Aiman Thaha dalam kenyataan akhbarnya mengatakan, “Gerakan Hamas sedang menunggu respon Mesir terhadap draf yang diajukan Kaherah. Sekaligus memastikan bahawa pandangan Mesir adalah draf dialog menyeluruh. Bukan Hamas sahaja yang memberi komen dan cadangan tetapi semua fraksi turut memberi komen dan cadangan atas apa yang disampaikan dalam draf Mesir. Ini tidak bererti Hamas tidak menginginkan dialog. Sebaliknya kami menginginkan dialog dan kejayaannya.”