Categories
Berita Semasa

Hamas : Serangan ke atas sekolah perempuan dikutuk.

Selasa, 28/10/2008 –Hamas mengutuk serangan tentera rejim Zionis di sebuah sekolah perempuan Palestin di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza yang mencederakan seorang kanak-kanak dan mengakibatkan kerosakan pada bangunan sekolah.

Hammad Al-Ruqub, jurucakap Hamas di Khan Younis, berkata rejim Zionis sebenarnya tidak pernah mematuhi perjanjian perdamaian malahan sentiasa melanggarinya.

Beliau menyatakan serangan terhadap sekolah sewaktu kelas dijalankan telah mencederakan kanak-kanak berumur 15 tahun, Aziza Qudaih sambil mengatakan rejim Zionis “berniat buruk serta membahayakan dan mengancam kanak-kanak kita dan telah menjejaskan kelangsungan pendidikan mereka”.