Categories
Berita Semasa

Bashour: Hak Pulang Palestin Tidak Boleh Dikompromi.

Rabu, 19/11/2008 –Ma’en Bashour, Pengerusi Hak Pulang Palestin yang baru dilancarkan berkata tujuan pertubuhan ini adalah satu tujuan yang tidak boleh dikompromi yakni hak untuk kembali ke Palestin.

Bashour menegaskan dalam sebuah seminar di Damascus jawatankuasa tertinggi pertubuhan ini menggesa semua biro Arab dan antarabangsa untuk mengadakan ulangtahun resolusi UN 194 yang menegaskan hak pelarian Palestin untuk pulang ke Palestin dalam masa pihak Israel meluaskan jajahan mereka dan melindungi tindakan jenayah mereka.

Idea pertubuhan ini adalah untuk mempopularkan hak kembali ke Palestin kepada semua umat Arab dan untuk menolak sebarang tindakan untuk berkompromi dalam hal ini termasuklah cadangan tanah alternatif. Pertubuhan ini akan bekerja keras untuk menerangkan kepentingan hak pulang ke Palestin kepada masyarakat antarabangsa dan akan membantah sebarang pihak yang cuba berkompromi.

Menurut Bashour lebih 4500 orang dari 5 benua telah meyertai pertubuhan ini terdiri daripada kesatuan, parti, forum dan persatuan, menunjukkan rakyat Palestin, masyarakat Arab dan semua masyarakat merdeka di dunia bersama-sama dalam perjuangan suci ini.