
Jumaat, 04-11-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) melakukan serangan tembakan dan gas pemedih mata ke atas kawasan sempadan di tenggara Semenanjung Gaza pada Rabu.
Menurut sumber tempatan, tentera rejim di pos ketenteraan di belakang pagar sempadan, melepaskan tembakan ke arah tanah pertanian dekat sempadan Karam Abu Salem yang menghalang petani Gaza daripada memasuki kawasan itu untuk bekerja di tanah mereka.
IOF turut melepaskan tembakan gas ke tanah pertanian di timur bandar Abasan al-Kabira di Khan Yunis.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati