Categories
Berita Semasa

Rejim Israel musnahkan struktur milik Palestin di al-Khalil, Salfit

Isnin, 07-11-2022 – Rejim Israel merobohkan beberapa struktur perumahan dan kandang biri-biri berhampiran bandar Ramadin, selatan al-Khalil, pada pagi hari Khamis.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa beberapa rumah dan kandang biri-biri tempatan telah dirobohkan berhampiran persimpangan Al-Dhaheriya di bandar Ramadin dengan alasan dibina tanpa permit.

Pada hari yang sama juga, tentera Israel merobohkan beberapa kemudahan pertanian di bandar Bruqin, barat Salfit.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan