Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melancarkan kempen penangkapan baharu di seluruh Tebing Barat

Khamis, 26-10-2023 Rejim Zionis semalam telah melancarkan serbuan secara besar-besaran di Tebing Barat dengan menangkap sekurang-kurangnya 50 orang Palestin yang terdiri daripada bekas tahanan dan aktivis yang menyokong Pergerakan Hamas.

Ketika operasi serbuan di Jenin, Rejim Zionis telah menangkap seorang bekas tahanan kurang upaya, Sheikh Adnan Hamarsheh selepas membuat serbuan di rumahnya di Bandar Ya’bad serta menahan dua orang lagi bekas tahanan lain.

Selain itu, mereka juga telah menyerbu Al-Taram di Barat Jenin dan telah mengancam untuk mengebom sebuah rumah tempatan dipercayai milik Yahya Al-Fakhouri, jika dia tidak menyerah diri.

Serbuan lain juga telah diadakan di sekitar bandar yang mengakibatkan seorang pemuda ditahan dan Rejim Zionis kemudian meneruskan tagkapan terhadap dua bekas tahanan di Qalqilya dan Salfit.

Sekurang-kurangnya sejumlah 10 orang Palestin telah ditahan termasuk bekas tahanan dan aktivis politik, manakala tujuh yang lain termasuk 4 adik beradik telah ditahan di Bethlehem dan sembilan diculik di al-Khalil.

Sejak Pergerakan Hamas memulakan operasi ketenteraannya “Taufan Al-Aqsa” terhadap tentera Israel, Rejim Zionis telah meningkatkan kempen penangkapannya di Tebing Barat dan Jurusalem dengan menculik beratus orang Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hakimah