
Khamis, 26-10-2023 Tentera Zionis berterusan melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza memasuki hari kelapan belas.
Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa tentera zionis membunuh 47 lagi penduduk Palestin dalam beberapa jam yang lalu, menyebabkan 704 mati syahid.
Bilangan rakyat yang maut dan cedera juga meningkat ekoran serangan bom udara yang disasarkan keatas dua rumah di Al-Saftawi dan Bir Al-Naja di utara Gaza.
Sekurang-kurangnya 50 rakyat mati syahid dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat siri serangan pesawat Israel ke atas rumah-rumah penduduk di Khan Yunis.
Berlaku juga peningkatan penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan udara Israel yang mengebom sebuah rumah di “Jum’ah” di Jabalia, utara Semenanjung Gaza. Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat Israel mengebom beberapa rumah di (Blok G), mengakibatkan sekurang-kurangnya 29 mati syahid, manakala 6 lagi mati syahid selepas Israel menyasarkan rumah di Abu Nasira di Bani Suhaila, dan beberapa lagi dalam serangan berasingan.
Kementerian Dalam Negeri melaporkan bahawa terdapat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan udara Israel yang mengebom sebuah rumah di “Jomaa” di Jabalia, di utara Semenanjung
Gaza.
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat serangan udara Israel menyasarkan sebuah rumah di “Al-Adini” di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.
Kematian dan kecederaan juga meningkat akibat serangan udara Israel menyasarkan beberapa rumah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Kementerian Dalam Negeri melaporkan bahawa terdapat mangsa yang terkorban susulan kebakaran yang berlaku akibat peluru fosforus yang dilepaskan tentera Israel ke Jabalia, di utara Semenanjung Gaza.
Bilang kematian dan kecederaan juga meningkat dalam pengeboman oleh pesawat Israel di “Khattab” di Deir al-Balah di Wilayah Tengah.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin