Categories
Berita Semasa

Amir Qatar Menyeru Serangan Ke Atas Gaza Dihentikan

Khamis, 26-10-2023 “Israel tidak sepatutnya dibiarkan untuk terus membunuh tanpa mengira sesiapa,” kata Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani semasa ucapan tahunannya bagi pembukaan Majlis Shura negeri Arab Teluk pada pagi Selasa, 24 Oktober 2023.

“Ia perlu dihentikan. Israel tidak patut diberi lampu hijau untuk membunuh sesiapa sahaja tanpa syarat dan batasan,” tambah beliau.
Beliau mengulangi seruan untuk gencatan senjata segera selepas pertumpahan darah telah melanggar semua batasan dan mengancam keselamatan rantau itu.

“Kami menyeru agar serantau dan antarabangsa bersikap lebih serius bagi menentang tragedi yang semakin parah yang mengancam keselamatan serantau dan dunia,” kata Sheikh Tamim.

Ujar beliau lagi, “Israel tidak sepatutnya dibenarkan untuk memutuskan bekalan air, ubat, dan makanan sebagai salah satu bentuk serangan mereka.”

“Kami tidak dapat menerima sikap pilih kasih yang menganggap nyawa kanak-kanak Palestin tidak penting, seolah-olah mereka tidak mempunyai wajah atau nama,” kata Sheikh Tamim.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah