Categories
Berita Semasa

Ribuan yang syahid dalam pembunuhan beramai-ramai secara berturut-turut oleh Israel

Jumaat, 27-10-2023 Rejim Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai secara berturut-turut dalam satu malam ketika pencerobohan haram Israel yang telah berterusan selama 18 hari tanpa henti di Gaza, mengakibatkan berdozen-dozen rakyat Palestin yang syahid dan cedera.

Kementerian Dalam Negeri Palestin mengesahkan bahawa serangan udara tanpa henti Israel telah dilancarkan di satu kawasan tidak berpenghuni di Projek Beit Lahia, iaitu kejiranan Al- Faluja di utara Gaza, dan Khan Younis di selatan enklaf yang dikepung itu, membawa kepada kematian dan kecederaan yang besar jumlahnya.

Menurut daripada sumber kesihatan, pencerobohan yang berterusan oleh Israel telah membunuh 130 rakyat Palestin sejak malam tadi, kebanyakan dari mereka adalah kanak-kanak.

Pagi semalam, sebanyak 7 orang para syuhada telah dibunuh, dan berpuluh orang telah cedera dan 8 lagi telah hilang disebabkan pengeboman udara Israel terhadap keluarga Abu Hussein berdekatan dengan Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir El-Balah.

Ramai lagi yang cedera dalam serangan udara Israel yang telah menghancurkan rumah Abu Ratmiya di kejiranan Tel El-Sultan di barat Bandar Rafah.

Sekurang-kurangnya satu rakyat Palestin dilaporkan syahid dan yang lain cedera dalam kalangan keluarga Abu Rukba di Kem Pelarian El- Shabora di Rafah.

Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan 10 kematian para syuhada
dan yang tercedera telah sampai di Hospital Al-Emirati susulan daripada serangan udara Israel yang telah menyasarkan rumah keluarga Al-Hashash di daerah Hashashin di Rafah, selatan Genting Gaza yang dikepung.

Menyasarkan penduduk Gaza yang telah berpindah dari Utara Gaza ke Selatan Gaza yang telah disekat itu,Rejim Zionis komited untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai yang baru terhadap pelarian yang telah berpindah ke satu rumah di Bandar Al-Qarara di Khan Younis, mengakibatkan kematian 17 rakyat Palestin, 11 daripadanya ialah daripada keluarga Saqallah, 4 lagi keluarga Husny, dan 2 lagi ialah keluarga Otul.

Serangan tanpa henti Israel itu turut menyasar satu rumah yang tidak berpenghuni di Jabalya al-Balad di utara Gaza.

Ramai yang syahid dan cedera dalam satu lagi serangan udara Israel terhadap rumah rakyat Palestin dalam kawasan Blok 6 di Kem Pelarian al-Buraji di Tengah Gaza.

Wartawan PIC melaporkan bahawa Rejim Zionis melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Rafah, ketika serangan Israel melanda rumah yang didiami keluarga Al-Maghazi dan Qeshta berhampiran pusat perlindungan untuk pelarian, mengakibatkan kematian lebih 28 orang mati syahid di samping itu juga, banyak kecederaan yang terjadi.

Kira-kira 17 rakyat Palestin juga telah syahid, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 40 cedera dalam pengeboman yang dilancarkan ke atas dua rumah milik keluarga Siam dan Al-Farra di daerah Al-Katiba dan Al-Balad di Khan Younis.

Kemudian, serangan udara Israel melanda sekitar stesen minyak di garisan timur Khan Younis, mencetuskan kebakaran dan menyebabkan banyak kecederaan.

Krew pertahanan awam di kem Al-Shati, barat Gaza, juga telah dibom semasa mengangkut mangsa yang cedera. Sementara itu, sekurang-kurangnya 5 rakyat terbunuh akibat pengeboman Israel ke atas rumah keluarga Al-Bakir, bertentangan dengan Masjid Khalil al-Rahman di kem pelarian Al-Shati.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan, pada masa sebelumnya, bahawa Israel melancarkan serbuan baru di beberapa rumah di kem pelarian Al-Shati.

Di Beit Lahia, bekalan elektrik ke Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza terputus kerana kekurangan bahan api.

Jumlah yang syahid dan kecederaan

Pada petang Isnin, jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudra, mengesahkan bahawa Rejim Zionis telah melakukan 23 pembunuhan beramai-ramai dalam masa beberapa jam lepas, meragut nyawa 436 syuhada, termasuk 182 kanak-kanak, yang majoritinya dari selatan Semenanjung Gaza.

Pembunuhan beramai-ramai Israel yang dilakukan terhadap keluarga rakyat Palestin berjumlah 597 pembunuhan beramai-ramai, meragut nyawa 3,813 syuhada, jumlah besar daripada mereka masih di bawah runtuhan bangunan, tambah Al-Qudra.

Beliau menegaskan bahawa jumlah keseluruhan mangsa Palestin dalam pencerobohan Israel ke atas Gaza, sejak dari mula, berjumlah sehingga 5,087 syahid, dengan 2,055 kanak-kanak, 1,119 wanita, dan 217 warga emas, selain 15,273 rakyat Palestin mengalami kecederaan.

“Kami menerima 1,500 laporan kehilangan rakyat Palestin yang masih di bawah runtuhan, termasuk 830 kanak-kanak,” katanya.

Al-Qudra juga mendedahkan bahawa pasukan perubatan melaporkan kecederaan melecur yang teruk dan kes-kes pencairan kulit yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada mayat yang cedera dan sewajarnya amat sukar untuk ditangani.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hazbi