
Jumaat, 27-10-2023 – Ahli Biro Politik Hamas, Ezzat al-Reshaq menyeru Negara Arab dan semua Muslim di seluruh dunia untuk bergerak dan mengambil bahagian dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang terkesan dengan pencerobohan kejam Israel di Semanjung Gaza.
Rabu lalu, Resheq menyatakan bahawa pencerobohan Israel telah berlangsung selama 19 hari dengan pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua dibunuh dengan kejam dalam rumah mereka sendiri.
Wakil Rasmi Hamas turut menyatakan bahawa “Pencerobohan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 6,100 rakyat Palestin dan kecederaan kepada lebih 17,000 termasuklah kes-kes kritikal. Semua keluaga telah dibuang daripada Daftar Awam,” beliau berkata.
Akibat pemusnahan Rejim Israel itu, banyak infrastruktur seperti hospital, sekolah, masjid, dan gereja telah musnah ditambah lagi dengan pemotongan sumber bekalan air dan elektrik. Resheq turut menambah “Hal terjadi ini sama seperti Nazi, Zionis dan pencerobohan
pengganas terhadap kami.”
Ketua Hamas itu memuji keteguhan hati rakyat Palestin dalam mendepani kekejaman jenayah perang oleh Israel dan ketabahan pertahanan rakyat Palestin serta Briged al-Qassam (sayap bersenjata Hamas).
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq