
Jumaat, 03-11-2023 – Menteri Luar Negara Kuwait, Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah menegaskan bahawa hal yang terjadi di Gaza selama beberapa hari terakhir adalah perang balas dendam, hukuman kolektif, dan kejahatan perang. Dia mempersoalkan, bagaimana apabila lebih daripada 3000 kanak-kanak terbunuh dalam beberapa hari, jika hal ini tidak dianggap sebagai kejahatan perang!
Al-Sabah mengatakan dalam sidang akhbar hari ini di Kuwait, “Masalah dan isu Palestin ialah isu paling utama bagi Kuwait. Usaha menyelesaikan isu ini sudah dibuat selama enam dekad dan Kuwait tidak menyimpang daripadanya. Garis permasalahannya jelas, lurus dan tidak kabur.”
Menteri Kuwait menjelaskan bahwa negaranya menolak pengusiran warga Palestin dari tanah air mereka. Perang di Gaza harus segera dihentikan, bantuan kemanusiaan dan akses bantuan kepada rakyat Palestin perlu diberi segera. Penyelesaian akhir terhadap masalah Palestin harus dibuat dengan cepat.
Beliau menambah, “Sikap Pemerintah Kuwait dan Majlis Nasional konsisten terhadap masalah Palestin. Terdapat kesepakatan prinsip mengenai perkara yang dibahas dalam pertemuan Jawatankuasa Urusan Luar Negara mengenai resolusi undang-undang yang melarang berinteraksi (membina hubungan) dengan entiti Zionis.”
Sejak awal serangan terhadap Tebing Gaza pada tanggal 7 Oktober, Kuwait telah memantau peningkatan pergerakan rakyat dan politik yang mendukung perjuangan Palestin. Kuwait menuntut keganasan terhadap Tebing Gaza ditamatkan dan melaungkan sokongan buati rakyat Palestin.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah