Briged Al-Qassam: Penjajah Israel menghalang pembebasan tahanan warga negara asing

Khamis , 09-11-2023 – Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan bahawa beberapa hari yang lalu, mereka akan membebaskan 12 tahanan di Gaza yang merupakan warga negara asing, tetapi penjajah Israel menghalang mereka berbuat demikian.

Briged Al-Qassam berkata: Kami mengesahkan bahawa kami bersedia untuk melepaskan mereka, tetapi keadaan lapangan dan pencerobohan Zionis yang mengancam nyawa mereka yang menghalang pembebasan ini.

Pada 4 November, Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan bahawa pengeboman kejam yang dilakukan Zionis ke atas Gaza telah menyebabkan kehilangan lebih daripada 60 tahanan musuh di Gaza sejak 7 Oktober hingga sekarang.

Briged itu dalam satu kenyataan berkata: Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan, 23 mayat daripada mereka (tahanan musuh) masih hilang di bawah runtuhan setakat ini.

Tambahnya lagi: Nampaknya kita tidak akan dapat menemui mereka kerana pencerobohan kejam yang berterusan terhadap pendudukan di Gaza.

Briged Al-Qassam sebelum ini mengumumkan kematian 50 tahanan penjajah Israel akibat pengeboman kejam Zionis di Semenanjung Gaza, juga menyebabkan kematian lebih 10,300 rakyat Palestin dan kecederaan lebih 25,000 yang lain sejak 7 Oktober.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh