
Rabu, 15-11-2023 – Ketika pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Semenanjung Gaza berlanjutan selama lebih sebulan, jumlah kematian telah meningkat kepada lebih 10,818 mangsa, termasuk 4,412 kanak-kanak, 2,918 wanita, dan 667 orang tua.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan 26,905 warga lain telah cedera setakat ini.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudra, mengesahkan bahawa Rejim Zionis telah melakukan 20 pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh 24 jam yang lalu, meragut 249 nyawa.
Secara keseluruhan, 1,118 pembunuhan beramai-ramai oleh Rejim Zionis telah dilakukan terhadap orang awam Palestin sejak bermulanya pencerobohan.
Al-Qudra menegaskan bahawa 2,650 orang masih hilang di bawah runtuhan, termasuk 1,400 kanak-kanak.
Beliau juga menekankan bahawa menyerang orang awam bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat, yang menjamin perlindungan awam semasa perang, dan resolusi Perhimpunan Agung PBB sepatutnya melindungi orang awam Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom