Hamas selar kenyataan UNRWA mengenai bantuan bekalan ke Gaza

Jumaat, 15-03-2024 – Pergerakan HAMAS menekankan bahawa “kenyataan UNRWA bahawa ketiadaan hasrat antarabangsa untuk membawa bantuan ke Gaza dalam kemelut kelaparan yang berkembang pesat ini adalah satu pengakuan kegagalan oleh masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serta kekalahan terhadap dasar genosida yang dilakukan oleh tentera pendudukan penjenayah Zionist terhadap rakyat Palestin kami di Gaza.”

“Kami mengulangi dan menekankan seruan kami terhadap semua pihak yang aktif untuk mengambil tindakan segera dan bersifat mendesak untuk memaksa pihak pemerintah kependudukan untuk membuka semua lintasan darat dengan Semenanjung Gaza, terutamanya lintasan Rafah dan Kerem Abu Salem, kerana mereka merupakan kaedah terpantas untuk membawa bantuan kemanusiaan, dan untuk mengatasi kekurangan bekalan makanan kecemasan, yang mengancam ratusan kanak-kanak dengan kematian, selepas jumlah kanak-kanak yang syahid akibat kekurangan makanan dan dehidrasi berjumlah kira-kira tiga puluh kanak-kanak.”

Setiap hari, tentera Israel meningkatkan serangan udara dan daratnya ke Semenanjung Gaza, yang telah terus-menerus diserang sejak operasi lintas sempadan dilancarkan oleh sayap bersenjata HAMAS, Brigade al-Qassam, pada 7 Oktober lalu.

Selain dari jumlah korban yang besar dan penghijrahan besar-besaran penduduk, makanan asas, bahan api, air, dan bekalan perubatan telah habis untuk 2.3 juta penduduk di Palestin kerana sekatan Israel yang ketat dan kemusnahan infrastruktur dan kemudahan secara besar-besaran.

Pada Isnin, dua bayi Palestin meninggal dunia akibat kekurangan makanan dan bekalan perubatan di utara Gaza pada hari pertama bulan Ramadan yang mulia, yang membawa jumlah kematian akibat kelaparan di Semenanjung Gaza kepada 27.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida