Categories
Berita Semasa

Serangan Tentera Israel Di Kem Shuafat: Seorang Kanak-kanak Terbunuh

Khamis, 21-03-2024 – Seorang kanak-kanak Palestin terbunuh selepas ditembak oleh penembak tepat Israel di kem pelarian Shuafat di utara Jerusalem yang berpenduduk pada petang Selasa.

Dalam kenyataan ringkasnya, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, mengesahkan seorang kanak-kanak Palestin cedera parah terkena tembakan di kem dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kejadian adalah rentetan dari pertembungan sengit yang berlaku dalam kawasan kem tidak lama selepas ia diserbu oleh pasukan polis Israel di tengah-tengah tembakan besar peluru hidup dan getah.

Dalam pertempuran berkenaan, seorang penembak tepat Israel menembak seorang kanak-kanak Palestin yang mengakibatkan kecederaan serius di bahagian dada.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul