Hamas Beri Amaran Pemasangan Penghadang Besi di Aqsa

Khamis, 21-03-2024 – Gerakan Hamas telah memberi amaran tentang pemasangan penghadang besi oleh Israel di Masjid Al-Aqsa, dengan menekankan bahawa rakyat Palestin tidak akan membiarkan tempat suci mereka dicabuli.

Pemasangan penghadang besi oleh Israel di Masjid Al- Aqsa adalah cubaan jahat menghalang jemaah daripada sampai ke masjid itu semasa bulan suci Ramadan seterusnya menghalang mereka daripada menunaikan solat, terutamanya solat tarawih, kata Gerakan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis.

Kami memberi amaran kepada penceroboh agar tidak bertindak dengan keterlaluan terhadap Masjidil Aqsa, dan menegaskan bahawa kami akan tetap setia, berwaspada, dan tidak akan berdiam diri dalam menghalang usaha-usaha pencerobohan yang akan memudaratkan status Masjid Al-Aqsa, kata kenyataan itu lagi.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina