Categories
Berita Semasa

GMO menyelar PBB kerana tidak menyediakan hospital Gaza dengan bahan api

Khamis, 06/02/2025 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) Gaza telah mengkritik organisasi PBB kerana menyimpan bahan api di Semenanjung Gaza dan membiarkan hospital untuk menghadapi tragedi tanpa membantunya.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa lalu, GMO menyatakan kekecewaan terhadap beberapa organisasi PBB di Gaza “kerana mengumpul beribu-ribu liter bahan api di gudang mereka sementara hospital dan institusi kemanusiaan Gaza menghadapi kekurangan yang amat teruk.”

GMO memberi amaran bahawa kekurangan bahan api yang kritikal di hospital Gaza, terutamanya di utara, mengancam nyawa pesakit dan yang cedera, menggelar amalan sedemikian sebagai “tingkah laku yang tidak wajar serta bercanggah dengan tugas kemanusiaan dan moral PBB.”

Penterjemah : Dr Nurul