
Rabu, 09/04/2025 – Pergerakan Hamas telah mengecam kenyataan oleh Amerika Syarikat yang mendakwa pergerakan Palestin itu “menggunakan ambulans dan lebih luas lagi perisai manusia untuk keganasan.”
Hamas menyatakan kenyataan Brian Hughes, jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, mencerminkan “pemahaman pentadbiran Trump terhadap jenayah membunuh petugas Bulan Sabit Merah dan Pertahanan Awam di Rafah.”
“[Kenyataan itu] adalah contoh keji solidariti tidak bermoral dengan Nazi zaman moden dalam perang kejam mereka terhadap orang awam yang tidak bersenjata dan organisasi kemanusiaan,” kata Pergerakan itu.
“Tuduhan Hughes bahawa Hamas menggunakan ambulans adalah pembohongan semata-mata, tidak mempunyai sebarang bukti, dan disebarkan oleh pentadbiran AS bersama kerajaan penjenayah perang Netanyahu untuk membenarkan jenayah kejam dan didokumentasikan terhadap paramedik serta petugas penyelamat.”
Penterjemah : Norshuhada Samudin