Categories
Berita Semasa

Penyertaan besar-besaran seluruh dunia mogok untuk Gaza

Rabu, 09/04/2025 – Dalam satu gerakan global bagi menekan para pemimpin dan kerajaan dunia agar bertindak terhadap genosid berterusan di Semenanjung Gaza, satu mogok global bermula pada pagi Isnin sebagai tanda kesatuan dengan Gaza dan membantah keganasan Israel.

Negara-negara Arab menyaksikan penyertaan umum yang meluas. Kesatuan-kesatuan dan institusi-institusi di Jordan, Kuwait, Mesir, Maghribi, dan Tunisia mengumumkan komitmen terhadap mogok.Di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, kempen tersebut menjadi rasmi berikutan Keputusan Kementerian Pendidikan untuk menangguhkan operasi sekolah dan institusi awam.

Penterjemah : Nuridawati