Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Cedera Akibat Tembakan Israel di Ramallah

Khamis, 10/04/2025 – Seorang pemuda Palestin cedera akibat tembakan tentera Israel pada petang Isnin di perkampungan Shuqba, barat Ramallah, sementara yang lain mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata semasa pertempuran di Nablus.

Menurut sumber setempat, tentera Israel menyerang Shuqba dan menyerbu sebuah rumah, di mana penembak tepat mengambil kedudukan di atas bumbung. Mereka melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru logam bersalut getah ke arah penduduk, menyebabkan seorang lelaki muda cedera di kaki. Dia kemudiannya dipindahkan untuk menerima rawatan perubatan.

Dalam kejadian berkaitan, beberapa lagi orang awam mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata semasa konfrontasi meletus selepas tentera Israel menyerbu bandar Beita, selatan Nablus.

Penterjemah : Neina