Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi menyerang kandang biri-biri di Arab al-Malihat

Khamis, 10/04/2025 – Peneroka Yahudi menyerbu komuniti Arab al-Malihat di barat laut Jericho, di selatan Tebing Barat Selasa lalu.

Hassan Malihat, penyelia am Pertubuhan Al-Baydar untuk Pertahanan Hak Asasi Badwi, melaporkan bahawa beberapa peneroka bertopeng, menunggang kuda, menyerbu masyarakat Arab al-Malihat di barat laut Jericho dan menggeledah kandang biri-biri beberapa penduduk.

Beliau menyatakan bahawa ini adalah serangan kedua pada hari itu, didahului oleh percubaan serangan ke atas guru Reem Thabet, seorang guru di Sekolah Rendah Arab al-Ka’abneh di al-Mu’arrajat.

Penterjemah : Dr Nurul