
Khamis, 10/04/2025 – Pergerakan Hamas telah berkabung ke atas kematiann Fares al-Khaled , pemuda Tunisia berusia 21 tahun yang meinggal dunia akibat cubaan meletakkan bendera Palestin di bangunan Fakulti Sains dan Rekabentuk Teknologi di Daerah Manouba.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa, Pergerakan Hamas menyatakan tindakan al-Khaled sebagai tindakan berani dan mulia dalam mesej yang dipenuhi kehotmatran, ketaatan dan solidariti dengan rakyat Palestin dan perjuangan.
Fares al-Khaled, syahid dengan bendera Palestin, telah kembali ke alam baka, meletakkan namanya dikalangan pejuang yang membawa bendera Palestin dengan jiwa raga mereka. Dia telah membuktikan mempertahankan Gaza, Jerusalem dan al-Aqsa sebagai tanggungjawab jiwa merdeka dalam perjuangan untuk golongan yang menentang kezaliman dan mempertahankan maruah dan kehormatan Ummah dan untuk menghadapi kematian dan kemusnahan dengan penuh keberanian.
Penterjemah : Hairul