
Isnin, 14/04/2025 – Pergerakan Hamas menyatakan pada malam Rabu bahawa operasi ketenteraan Israel di kem pelarian Balata di Nablus merupakan satu lagi peningkatan dalam siri pencerobohan yang berterusan terhadap rakyat Palestin.
Pergerakan itu menyatakan bahawa ia adalah kesinambungan kepada pembunuhan beramai-ramai yang telah berlaku di Semenanjung Gaza selama lebih satu setengah tahun, serta sebahagian daripada kempen sistematik pengusiran paksa yang menyasarkan kawasan Jenin dan Tulkarem sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Dalam satu kenyataan, Hamas menegaskan bahawa rakyat Palestin, yang telah menghadapi penjajahan dengan ketabahan dan pengorbanan, sekali lagi akan menggagalkan segala cubaan musuh untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap perjuangan di Tebing Barat — khususnya di kem-kem pelarian yang masih teguh bertahan.
Penterjemah : Norshuhada Samudin