
Khamis, 17/04/2025 – Drone Zionis melepaskan peluru berpandu ke arah sebuah trak awam di bandar sempadan Aitaroun di wilayah Nabatiye membunuh seorang warga Lubnan dan mencederakan tiga yang lain pada Selasa.
Agensi berita kebangsaan Lubnan berkata bahawa dron itu melepaskan tiga peluru berpandu ke arah sebuah trak kecil di bandar Aitaroun membunuh seorang lelaki, yang tidak dikenali.
Kementerian Kesihatan Lubnan berkata bahawa seorang rakyat terbunuh dan tiga lagi cedera, termasuk seorang kanak-kanak, dalam serangan udara Israel.
Awal hari ini, askar tentera Zionis melepaskan tembakan mesingan di bandar sempadan Lubnan Mais al-Jabal manakala dron Israel melepaskan bom ke arah petani di kampung Aita al-Shaab juga di selatan Lubnan, menurut agensi berita rasmi Lubnan.
Penterjemah : Ameen