Categories
Berita Semasa

MSF: Sekat Bantuan Kemanusiaan Ancam Perkhidmatan Kesihatan di Gaza

Isnin, 05/05/2025 – Pengurus aktiviti perubatan di MSF/Doktor Tanpa Sempadan, Dr. Ahmed Abu Warda, berkata larangan Israel terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza selama lebih 60 hari mengancam semua aktiviti perubatan di Semenanjung.

Abu Warda, yang kini bekerja di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, memberitahu agensi berita Anadolu bahawa terdapat “sangat sedikit hospital yang masih menyediakan perkhidmatan penuh di Gaza,” menegaskan bahawa hospital-hospital ini “mengalami kekurangan yang sangat teruk bantuan perubatan, bekalan, dan instrumen pembedahan.”

Abu Warda berkata bahawa “pekerja kesihatan dan kemanusiaan di Gaza bergantung sepenuhnya kepada bekalan dari luar negara,” menjelaskan bahawa banyak ubat-ubatan dan instrumen pembedahan “mula kehabisan.”

Beliau menegaskan bahawa banyak aktiviti akan mula merosot jika bantuan perubatan terus terputus, dan hanya akan bergantung kepada bahan dan peralatan yang ada.

Penterjemah : Ameen