Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis arah runtuhkan lebih 100 bangunan di Tulkarem.

Isnin, 05/05/2025 – Penceroboh rejim Zionis Israel mengeluarkan arahan terbaru pada Khamis lepas unutk memusnahkan lebih banyak kediaman di Kem Pelarian Tulkarem dan Nur Shams di Tebing Barat atas alasan kegunaan ketenteraan sebahagian dari operasi ketenteraan yang memasuki bulan ke 4.

Sumber tempatan melaporkan pemusnahan besar-besaran sedang dirancang di Tulkarem dengan 58 bangunan dirancang untuk diruntuhkan di Tulkarem dan 48 bangunan di kem Nur Shams di bahagian timur. Menurut sumber, rancangan pemusnahan sepanjang Jalan Sekolah melalui mukim al-Balauna di kem Tulkarem, besilih ganti dengan fasa pertama pemusnahan di seluruh kawasan.

Penterjemah : Hairul