
Selasa, 06/05/2025 – Gerakan Perjuangan Islam Hamas telah memuji “serangan yang diberkati” yang dilakukan oleh “Ansar Allah” dan Angkatan tentera Yemen jauh di dalam “entiti Zionis”.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad, Hamas berkata bahawa serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Angkatan Tentera Yemen di Lapangan Terbang Ben Gurion, di tengah-tengah Tel Aviv, mencerminkan komitmen Yemen yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dan keazamannya yang ikhlas untuk berdiri bersama rakyat Palestin yang tertindas – walaupun “serangan biadab AS-Zionis yang sedang berterusan terhadap Yemen.”
Hamas memberi tabik hormat kepada rakyat dan kepimpinan Yemen di atas keberanian mereka dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin di Gaza yang berhadapan dengan pembunuhan genosid.
“Kami mengesahkan solidariti penuh kami dengan Yemen dalam menghadapi pencerobohan kejam Amerika-Zionis ini, tambah kenyataan itu.
Hamas menyeru semua komponen negara Arab dan Islam untuk memikul tanggungjawab yang wajib bagi mereka dalam menyokong Palestin, mempertahankan rakyat Palestin yang menghadapi pembunuhan genosid dan kebuluran secara sistematik di Gaza, dan menyertai pertempuran mempertahankan tapak suci Ummah dan menghadapi rancangan pendudukan fasis Israel untuk menguasai wilayah itu dan mengawal rakyat dan sumbernya.
Terdahulu, Abu Ubaidah, jurucakap Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menyampaikan salamnya ke Yemen dan menyatakan penghargaan penentangan Yemen terhadap sebahagian daripada kumpulan paling ganas di dunia dan keengganannya untuk tunduk kepada mereka.
Beliau berkata dalam saluran Telegramnya pada hari Ahad: “Tahniah kepada Yemen, kembar Palestin, kerana ia terus mencabar kuasa paling zalim dan enggan tunduk atau mengalah, walaupun berhadapan dengan pencerobohan di negara sendiri . Ia meningkatkan serangannya di tengah-tengah entiti Zionis, mengatasi sistem pertahanan paling maju di dunia dan menyerang sasarannya dengan tepat.”
Sistem pertahanan udara Israel gagal memintas peluru berpandu hipersonik yang dilancarkan oleh Angkatan Tentera Yemen, yang tepat mengenai sasaran Lapangan Terbang Ben Gurion.
Radio Tentera Israel memetik sumber tentera sebagai berkata bahawa sistem THAAD Amerika dan Arrow Israel cuba memintas peluru berpandu Yaman tetapi gagal, memaksa beribu-ribu rakyat Israel melarikan diri ke tempat perlindungan bom. Saluran 12 Israel melaporkan juga bahawa peluru berpandu itu melepasi empat lapisan pertahanan udara dan jatuh di tengah-tengah lapangan terbang dan mewujudkan kawah sedalam 25 meter. Ia menyatakan bahawa kepala peledak peluru berpandu itu “sangat besar” dan menyebabkan gelombang letupan besar-besaran.
Penterjemah : Hj Fariz