
Selasa, 06/05/2025 – Sekurang-kurangnya tiga warga Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, mengalami kecederaan pada Ahad selepas pasukan tentera penjajah Israel (IOF) melancarkan serbuan ke atas kawasan Bandar Lama Nablus.
Menurut laporan daripada Bulan Sabit Merah Palestin, seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun dilaporkan mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian paha, manakala dua lagi pemuda cedera selepas terkena peluru getah.
Dalam insiden yang sama, seramai 40 orang awam dilaporkan mengalami kesukaran bernafas akibat terhidu gas pemedih mata yang digunakan semasa pertempuran antara penduduk tempatan dan tentera Israel.
Pasukan IOF turut mengarahkan para peniaga di kawasan tersebut untuk menutup premis perniagaan mereka. Salah seorang peniaga dilaporkan telah ditahan secara paksa di Jalan Hittin.
Penterjemah : Ezatul