Categories
Berita Semasa

Guterres: Perluasan serangan Israel ke atas Gaza akan membawa kepada lebih banyak kematian dan kemusnahan.

Rabu, 07/05/2025 – Setiausaha Agung PBB António Guterres berkata bahawa rancangan Israel untuk meluaskan serangannya ke atas Gaza akan membawa kepada lebih banyak kematian dan kemusnahan.

Timbalan Jurucakap PBB Farhan Haq berkata pada sidang akhbar pada hari Isnin bahawa Guterres memberi amaran bahawa langkah sedemikian pasti akan membawa kepada lebih banyak korban orang awam dan kemusnahan di Gaza.

Beliau menambah, “Setiausaha Agung percaya bahawa keutamaan pada masa genting ini bukanlah lebih banyak kematian, kecederaan orang awam dan kemusnahan Gaza, tetapi pengakhiran segera kepada keganasan.”

Beliau menjelaskan bahawa Guterres mendapati rancangan Israel untuk meluaskan serangannya ke atas Gaza amat membimbangkan.

Awal petang Isnin, Netanyahu berkata dalam ucapan di televisyen bahawa kabinet keselamatan, semasa mesyuarat panjang pada hari Ahad, meluluskan meluaskan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza, menekankan keazaman untuk menduduki semula kawasan yang terkepung itu.

Dengan sokongan penuh Amerika, Israel telah melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza sejak 7 Oktober 2023 lalu, menyebabkan lebih 171,000 rakyat Palestin mati atau cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih 11,000 hilang.

Penterjemah : Farah Najwa