
Rabu, 07/05/2025 – Sekurang-kurangnya 9 orang rakyat Palestin dibunuh dan ramai lagi cedera pada Isnin akibat serangan dua dron zionis yang menyasarkan kawasan Tabbat al-Nuweiri dan sekitar menara Al-Nouri, barat kem pelarian Nuseirat di pertengahan Gaza.
Sumber-sumber tempatan melaporkan yang serangan pertama menyasarkan beca bermotor (tuk-tuk) dekat Tabbat al-Nuweiri di kawasan Al-Hassaina, manakala serangan kedua mengena sebuah kenderaan orang awam berdekatan menara Al-Nouri Tower di dalam kem.Hospital Al-Awda mengesahkan menerima tinggalan jasad para syuhada, beserta 21 kecederaan, menyebabkan kesesakan di bahagian kecemasan hospital dan bahagian penerimaan akibat serangan yang sangat teruk itu.
Penterjemah : Nuridawati