
Jumaat, 09/05/2025 – Gerakan Hamas menyatakan bahawa pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Abu Hemaisa di kem pelarian Al-Bureij, yang melindungi rakyat yang terlantar sakit, merupakan jenayah baru yang menambah kepada rekod hitam jenayah penjajah Zionis.
Dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Maklumat Palestin pada Selasa lalu, Hamas menegaskan: “Tentera musuh melakukan pembunuhan beramai-ramai yang kejam dengan mengebom sebuah sekolah yang melindungi orang awam yang telah kehilangan tempat tinggal di kem Al-Bureij, di tengah Semenanjung Gaza, mengakibatkan kematian syahid seramai18 orang dan berpuluh-puluh orang cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dengan beberapa mangsa masih terperangkap.”
Hamas menegaskan bahawa Rejim Zionis sengaja menyasarkan orang awam yang tidak berdaya di tempat perlindungan, di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang sangat teruk, mendedahkan keazaman pendudukan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kolektif sebagai sebahagian daripada pembunuhan beramai-ramai yang sistematik terhadap rakyat di Gaza.
Penterjemah : Dr Nurul