
Jumaat, 09/05/2025 – Tentera pendudukan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan terhadap orang awam yang kehilangan tempat tinggal pada petang Selasa selepas pesawat perangnya mengebom sebuah sekolah yang melindungi mereka di Bandar Deir al-Balah di tengah Gaza.
Sumber perubatan dan media berkata bahawa sekurang-kurangnya 20 orang awam, termasuk kanak-kanak, mati syahid dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan a Sekolah Abu Hamisa dan halaman utama, di mana berpuluh-puluh keluarga yang tinggal disitu.
Terdahulu, sumber perubatan di Hospital Syahid Al-Aqsa melaporkan menerima lapan syahid, termasuk serpihan mayat manusia, bersama berpuluh-puluh individu yang cedera berikutan serangan Israel ke atas sekolah itu.
Sementara itu, sembilan syuhada, termasuk kanak-kanak, dibawa dari pusat perlindungan yang dibom ke Hospital Al-Awda di tengah Gaza.
Penterjemah : Ameen