Categories
Berita Semasa

10 Syahid Dalam Pengeboman Terbaru Sebuah Sekolah Di Gaza.

Jumaat, 09/05/2025 – Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam serangan udara terbaru Israel pada petang Selasa. Dalam serangan itu, pihak penjajah menyasarkan Sekolah Abu Hamisa Utara, yang menjadi penempatan kepada mangsa-mangsa kehilangan tempat tinggal. 

Serangan ini berlaku selepas serangan yang mengorbankan 22 orang di sekolah yang sama pada hari sebelumnya.

Sumber perubatan melaporkan terdapat ketibaan lima orang syahid dan sebilangan besar yang cedera ke Hospital Al-Awda, selain lima yang lain dan beberapa lagi yang cedera ke Hospital Syahid Al-Aqsa, akibat pengeboman itu. Terdapat juga sebilangan yang lain dilaporkan masih hilang akibat terperangkap dibawah runtuhan.

Saksi kejadian menggambarkan keadaan di Hospital Al-Awda sebagai amat sukar, dengan katil dipenuhi pesakit yang cedera manakala kakitangan perubatan bergelut dengan masa untuk memberikan rawatan yang diperlukan segera. 

Menurut sumber tempatan, amaran yang dikeluarkan pihak Israel kepada penduduk tempatan adalah mengosongkan kawasan sekitar Masjid Al-Rahman di kem Al-Bureij, sebaliknya,  pesawat pejuang Israel kemudian mengebom Sekolah Abu Hamisa, yang berhampiran dengan masjid itu.

Penterjemah : Halimah