Categories
Berita Semasa

Hamas : Trump hanya mengulangi pembohongan Netanyahu

Rabu, 14/05/2025 – Hamas telah mengesahkan kenyataan Pesiden US Donald Trump menuduh Pergerakan Hamas mengawal bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza adalah pembohongan yang berulang kali oleh kerajaan pengganas Netanyahu dimana ianya alasan semata-mata untuk mempertahankan usaha sistemik rejim Zionis menimbulkan kelapran ke atas warga Palestin.

Dalam satu kenyataan media pada hari Selasa, Hamas menyatakan tuduhan jelas bercanggah dengan laporan PBB, dengan testimoni dari organisasi kemanusiaan yang berada di Semenajung Gaza dan semua bukti dari lapangan. Manakala yang berada di pihak rejim Zionis menggunakan kelaparan sebagai senjata adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

Hamas menegaskan ianya tidak cukup sekadar Trump meminta Netanyahu untuk menghantar bantuan makanan. Apa yang diperlukan adalah tanggungjawab untuk menghormati undang undang kemanusian dengan membuka sempadan, memberi laluan untuk bantuan makanan dan perubatan dan hentikan menggunakan sekatan makanan sebagai memeras ugut dalam konflik ini.

Penterjemah : Hairul