Categories
Berita Semasa

Ramy Abdu: Rencana bantuan AS-Israel bertujuan untuk mengusir penduduk Gaza dari tanah mereka

Rabu, 14/05/2025 – Ramy Abdu, ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med, berkata rancangan AS-Israel untuk memberikan tanggungjawap pengedaran bantuan terhad di Gaza kepada syarikat-syarikat antarabangsa bukanlah suatu projek kemanusiaan, tetapi suatu perancangan licik  untuk mengenakan satu bentuk pengepungan baru, menghalalkan kebuluran, dan menggunakan sumber makanan menjadi alat penindasan yang akan membuka jalan untuk mengusir penduduk dari tanah mereka di Gaza.

Abdu menjelaskan dalam komen di akaun Twitternya pada hari Khamis lalu bahawa rancangan itu akan dikendalikan oleh bekas anggota tentera AS dan organisasi bantuan yang dikawal sepenuhnya oleh US, dan pelaksanaannya pula melalui pusat-pusat pengedaran makanan yang ditetapkan jadualnya, tanpa sebarang peranan  diberikan kepada orang Gaza sendiri.

Ia adalah pelanggaran yang jelas terhadap kewajipan untuk menyediakan akses segera, berkesan dan tanpa halangan kepada bantuan, seperti yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa, katanya.

Matlamatnya bukan untuk berikan bantuan, tetapi untuk mengenakan kawalan, memberi masa tambahan untuk Israel, mengembangkan cengkaman ketenteraan di tanah Gaza, dan memaksa penduduknya melarikan diri dengan kelelahan dan kelaparan mereka, menjadikan mereka  jiwa yang patah dengan perut kosong menunggu makanan mingguan, katanya.

 “Ini bukan rancangan bantuan. Ia adalah satu bentuk pengepungan baru, pembunuhan genosid dan perpindahan paksa, yang diselindungkan disebalik usaha kemanusiaan, “Abdu berkata, dia menyeru agar  izin yang segera dan berkesan diberikan supaya keperluan asas kehidupan dan bekalan kemanusiaan boleh masuk untuk memastikan kelestarian kehidupan yang bermaruah kepada penduduk dan membolehkan mereka membina masa depan di tanah mereka.

“Rakyat Palestin tidak mengemis. Mereka tidak mahu bantuan kebajikan yang memalukan, tetapi menuntut hak penuh mereka untuk hidup, kebebasan, maruah, dan untuk kekal di tanah mereka,” katanya.

Kebuluran telah merebak di Semenanjung Gaza dalam bentuk yang paling dahsyat berikutan sekatan bantuan kemanusiaan selama 68 hari melalui penutupan sempadan Gaza.

Menurut sumber media, rancangan itu menetapkan bahawa Yayasan Kemanusiaan Gaza akan bertanggungjawab untuk pengedaran bantuan dengan menubuhkan empat “tempat pengedaran” dan dilindungi oleh syarikat keselamatan swasta yang dulu terlibat sama dalam memastikan keselamatan paksi Netzarim sewaktu pelaksanaan gencatan senjata yang lalu.

Penterjemah : Hj Fariz