Categories
Berita Semasa

Qassem: Kenyataan Netanyahu Mengenai Porosan Serantau Baharu Ancam Kepentingan Arab

Jumaat, 27/02/2026 – Hazem Qassem, jurucakap Pergerakan Hamas Movement, menyatakan bahawa kenyataan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berhubung pembentukan satu pakatan serantau baharu yang melibatkan negara-negara Arab merupakan satu bentuk “pengabaian terang-terangan” terhadap negara-negara Arab dan ancaman langsung kepada kepentingan mereka.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan pada hari Ahad, Qassem menegaskan bahawa kenyataan Netanyahu mengenai pakatan serantau baharu yang turut melibatkan negara Arab mencerminkan sikap tidak mengiktiraf peranan penting negara-negara Arab di rantau ini, serta menimbulkan ancaman sebenar terhadap kepentingan strategik mereka.

Beliau menambah bahawa entiti tersebut, yang disifatkannya sebagai asing kepada rantau ini dan sejarahnya, berusaha menerajui pakatan serantau dengan sokongan United States demi memajukan kepentingannya sendiri — kepentingan yang pada asasnya bercanggah dengan kepentingan negara-negara Arab.

Qassem turut menyatakan bahawa cadangan sedemikian berpaksikan kepada “kelemahan pendirian sistem Arab sepanjang perang ke atas Gaza,” sambil menegaskan bahawa sebarang susunan serantau yang mengabaikan hak-hak Palestin tidak akan menyumbang kepada kestabilan di rantau tersebut.

Penterjemah : Ezatul