
Jumaat, 06/03/2026 – Pergerakan Hamas mengutuk keputusan regim Zionis Israel untuk menutup Masjidil Aqsa dan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan Tarawih semasa bulan suci Ramadan, menyifatkan langkah itu sebagai “serangan serius dan terang-terangan terhadap kesucian tapak tersebut dan pelanggaran langsung terhadap kebebasan beribadat umat Islam semasa bulan suci.”
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Ahad, Gerakan itu menganggap pihak berkuasa Israel bertanggungjawab atas pelanggaran berterusan di Masjidil Aqsa, dengan mengatakan bahawa tindakan ini adalah sebahagian daripada dasar sistematik yang bertujuan untuk menegaskan kawalan penuh ke atas tapak tersebut dan mengenakan realiti baharu secara paksa.
Hamas selanjutnya berkata bahawa Israel sedang mengeksploitasi justifikasi darurat untuk perlaksaann apa yang digambarkannya sebagai “rancangan Pengyahudian” di Masjidil Aqsa dan di seluruh wilayah Palestin yang dicerobohi, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mengubah status quo dan mengenakan fakta baharu di lapangan.
Penterjemah : Hairul