
Rabu, 08/04/2026 – Bandar Haifa di utara Israel menjadi sasaran serangan peluru berpandu Iran pada petang Ahad, mengakibatkan kecederaan 11 warga Israel, termasuk seorang lelaki yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Serangan tersebut turut menyebabkan empat yang lain juga dilaporkan hilang.
Magen David Adom melaporkan bahawa roket tersebut mengenai bangunan lima tingkat sekaligus mencederakan 11 orang, dengan empat yang lain masih belum ditemui.
Akhbar Israel, Yediot Aharonot pula melaporkan bahawa empat orang penghuni belum ditemui selepas bangunan itu runtuh, dengan kebimbangan beberapa yang lain mungkin turut terperangkap di bawah runtuhan.
Saluran berita Channel 12 pula melaporkan bahawa roket yang menyerang bangunan itu dianggarkan seberat 450 kilogram, di mana serpihan-serpihannya dilaporkan turut mengenai tiga lokasi lain di bandar itu sekaligus menyebabkan kerosakan yang ketara.
Penterjemah : Halimah