
Selasa, 28/04/2026 – Pasukan penceroboh rejim Zionis Israel (IOF) meneruskan operasi perobohan dan perataan tanah pada hari Khamis di pelbagai bahagian Tebing Barat, menyasarkan struktur pertanian dan infrastruktur penting, menyebabkan kerosakan meluas terhadap tanah dan harta benda.
Di bandar Beit Jala, barat Bethlehem, IOF merobohkan sebuah bangsal di pintu masuk timur bandar Al-Khader, milik Ziad Hussein Dar Issa, dengan alasan tiada permit.
Dalam perkembangan berkaitan, IOF juga merobohkan sebuah bilik pertanian di kampung Al-Walaja, barat laut Bethlehem, yang dimiliki oleh Walid Atta Rabah, juga memetik alasan kekurangan permit, sebagai sebahagian daripada dasar berterusan yang menyasarkan kehadiran pertanian Palestin di kawasan itu.
Penterjemah : Hairul