Categories
Berita Semasa

Rakyat Gaza Adakan Tunjuk Perasaan 

Jumaat, 08/05/2026 – Berpuluh-puluh rakyat Palestin yang cedera dan keluarga mereka mengadakan protes duduk pada hari Selasa di Dataran Palestin di timur Bandar Gaza di bawah slogan “Hak untuk Menerima Rawatan.”

Mereka meminta kebenaran untuk ke luar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan di tengah-tengah sekatan lintasan yang berterusan dan kelewatan dalam pemindahan kes perubatan.

Para peserta membawa sepanduk yang menegaskan bahawa rawatan perubatan adalah “hak, bukan pertolongan,” dan menyeru agar mereka dibenarkan pergi untuk menerima rawatan perubatan di luar Gaza.

Mereka yang cedera juga mempamerkan gambar peribadi yang menunjukkan keadaan mereka sebelum dan selepas kecederaan mereka, dalam usaha untuk menyampaikan kepada dunia perubahan teruk dalam hidup mereka, sambil menekankan bahawa kelewatan rawatan menghalang mereka daripada pulih dan kembali kepada keadaan normal.

Penterjemah : Ameen