Categories
Berita Semasa

Khalil Al-Hayya: Umat Kristian Palestin adalah warga asal daripada rakyat dan identiti Palestin

Rabu, 07/10/2026 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalil Al-Hayya, menyampaikan belasungkawa dan simpati kepada Pemimpin Ortodoks Yunani Yerusalem di Gaza atas kematian dua wanita Palestin, Maysa Khadr Ibrahim Abu Dawud, yang dikenal sebagai Ummu Michel dan putrinya, Mary Hafez Michel Al-Najjar yang dikenali sebagai Ummu Fuad. Keduanya meninggal dunia setelah apartemen mereka di Kota Gaza menjadi sasaran serangan.

Al-Hayya menegaskan bahawa umat Kristian Palestin merupakan warga asal dari rakyat Palestin, identiti dan peradabannya. Dalam pesan yang dikirim kepada Uskup Agung Alexios, Al-Hayya menyampaikan solidariti penuh kepada keluarga kedua-dua mangsa serta seluruh umat Kristian di Gaza dan Palestin.

Beliau menegaskan bahawa musibah tersebut dirasakan oleh seluruh rakyat Palestin. “Kesedihan kalian adalah kesedihan kami, rasa sakit kalian adalah rasa sakit kami. Seluruh rakyat Palestin adalah keluarga, mitra (rakan) dalam isu tanah, tanah air dan nasib yang sama,” ujarnya.

Ketua Biro Politik Hamas itu menegaskan bahawa penderitaan di Gaza adalah satu dan tidak membezakan antara Muslim dan Kristian. Demikian pula, serangan tidak membezakan antara masjid dan gereja. Beliau menjelaskan bahawa rakyat Palestin dengan pelbagai latar belakang akan tetap berpegang teguh pada tanah air, hak-hak mereka serta cita-cita untuk memperoleh kebebasan dan martabat.

Al-Hayya mengatakan pemergian Ummu Michel dan Ummu Fuad, setelah keduanya hidup bersama rakyat Palestin dalam penderitaan Gaza, berkongsi kelaparan dan kesakitan, serta melayani masyarakat mereka, meninggalkan kesedihan mendalam di hati ramai orang.

Al-Hayya menutup ucapan belasungkawanya dengan doa agar Allah memberikan kesabaran dan ketenangan kepada keluarga kedua mangsa, menjaga rakyat Gaza dan Palestin, mengangkat penderitaan yang mereka alami serta memberikan keamanan, kebebasan dan perdamaian kepada rakyat Palestin.

Penterjemah : Dr Osman