
Khamis, 08/10/2026 – Kompleks Kesihatan dan Komuniti Al-Awda di Nuseirat mengumumkan pada Selasa lalu bahawa ia telah menggantung semua perkhidmatan penjagaan kesihatan kecuali bahagian pendaftaran dan kecemasan, susulan kegagalan penjana kuasa yang berterusan dan berulang kali yang menyebabkan operasi jabatan serta peralatan perubatan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.
Kegagalan penjana kuasa melumpuhkan perkhidmatan kesihatan
Pihak kompleks menyatakan bahawa kerosakan tersebut telah menghalang operasi pelbagai jabatan dan perkhidmatan perubatan, sekali gus memaksa sekatan kebanyakan aktiviti penjagaan kesihatan, namun bahagian pendaftaran dan kecemasan tetap dibuka bagi mengendalikan kes-kes kecemasan.
Pengarah program di Persatuan Kesihatan dan Komuniti Al-Awda memaklumkan bahawa 13 unit penjana kuasa di kompleks Al-Awda, Nuseirat tidak lagi dapat beroperasi akibat kerosakan berulang serta kekurangan alat ganti, penapis, dan minyak yang diperlukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Penterjemah : Dr Nurul