Categories
Berita Semasa

Zionis Luaskan Makna “Hasutan” 

Khamis, 08/10/2026 – Persatuan Banduan Palestin (PPS) telah memberi amaran bahawa Israel sedang memperluaskan penggunaan tuduhan “hasutan” menjadi alat untuk mengawal pendidikan, ekspresi dan ingatan kolektif dalam institusi Palestin.

Amaran itu susulan penangkapan seorang pengetua sekolah di al-Eizariya baru-baru ini dan perobohan tugu peringatan syahid di Universiti Birzeit pada hari Isnin. PPS berkata kedua-dua insiden itu mencerminkan dasar yang lebih luas yang menyasarkan ruang di mana kesedaran Palestin dibentuk dan memorial memperingati tahanan, syahid dan simbol negara dipelihara dan diturunkan kepada generasi baharu.

Menurut persatuan itu, pendakwaan di bawah label “hasutan” tidak lagi terhad kepada catatan media sosial atau kenyataan peribadi. Ia kini meliputi kandungan dan simbol pendidikan di dalam institusi, meletakkan sekolah dan universiti di bawah ancaman pengawasan dan hukuman secara langsung. mengatakan tangkapan itu telah menjejaskan rakyat, tahanan yang dibebaskan, pelajar, wanita dan kanak-kanak, selalunya disebabkan oleh catatan, ekspresi atau pendirian yang berkaitan dengan peristiwa semasa.

Penterjemah : Ameen