
Jumaat, 06/11/2026 – Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata pada hari Selasa bahawa jalan-jalan di Semenanjung Gaza telah menjadi “lorong kematian” ketika pasukan Israel terus membunuh rakyat Palestin, mengebom khemah yang melindungi keluarga yang kehilangan tempat tinggal, dan mengetatkan sekatan ke atas bekalan kemanusiaan meskipun gencatan senjata yang diusahakan oleh AS.
Qassem menegaskan bahawa pengeboman berterusan Israel terhadap khemah-khemah yang menempatkan orang awam yang terlantar dan pembunuhan wanita dan kanak-kanak mewakili kesinambungan jenayah genosida yang berterusan, yang katanya tidak pernah berhenti meskipun perjanjian gencatan senjata dicapai di bawah tajaan Amerika Syarikat dan negara-negara penjamin.
Dalam satu kenyataan pada petang Selasa, Qassem berkata serangan Israel yang semakin meningkat, digabungkan dengan sekatan yang semakin ketat dan dasar kebuluran sistematik yang berterusan, telah menjadikan Gaza sebagai tempat bencana kemanusiaan yang dahsyat yang berlaku di hadapan mata masyarakat antarabangsa.
Penterjemah : Hairul