Penjelasan HAMAS tidak menyertai pilihanraya Palestin.


Berikut adalah jawapan kepada soalan yang diajukan kepada Dr. Hasan Abu Hashish , penganalisa politik. Dr Hasan Hashish ialah seorang penganalisa politik, wartawan dan pensyarah di beberapa universiti di Palestin.

Soalan: Kami di fahamkan bahawa Hamas kini mengugut untuk memboikot pilihanraya yang akan datang tetapi tidak memanggil untuk mengadakan boikot secara umum.

Apakah sebab mereka berbuat demikian dan kenapa mereka hanya menghadkan boikot tersebut kepada pengikut dan penyokong mereka?

Jawapan:

Hamas menyatakan bahawa terdapat beberapa sebab mengapa mereka TIDAK menyertai pilihanraya kali ini:

1. Pilihanraya yang sebenarnya yang melibatkan daerah, legislative dan pilihanraya presiden.
2. Gerakan Fatah telah mengambil alih proses menyediakan pilihanraya kali ini secara bersendirian tanpa berbincang dengan parti-parti Palestin yang lain.
3. Pemenang pilihanraya kali ini terpaksa mematuhi perjanjian damai sebelum ini. Sudah tentu terdapat komitmen politik dan keselamatan yang ditolak oleh Hamas (di atas perjanjian damai sebelum ini dengan Israel oleh PLO)

Sebab lain adalah Hamas tidak berminat untuk berada di dalam konflik dengan Fatah terutamanya apabila telah bermulanya perbincangan dua hala.

Boikot oleh Hamas adalah disebabkan oleh taktik. Ia bukannya satu bantahan terhadap perkara prinsip dan pokok mengenai pilihanraya.

Soalan:

Walaupun saya tidak menyukai Arafat kerana beberapa sebab, tetapi tidak dapat di nafikan bahawa adalah simbol kesatuan. Adakah anda melihat petanda keretakan kesatuan ini dalam masa terdekat ini?

Saya fikir kita dapat melihat keretakan ini di dalam persediaan pilihanraya kali ini dan saya berfikir apakah yang akan terjadi sekiranya kita mula melihat peranan keselamatan Mesir apabila berlakunya pergaduhan dan kekacauan daripada bahagian atau sayap tentera parti-parti ini?

Jawapan:

Saya ingin menjelaskan bahawa perbezaan di dalam Palestin adalah sama seperti perbezaan di mana-mana parti di mana-mana Negara sekalipun. Pengalaman telah mengajar kita bahawa perbezaan dan jurang di antara parti palestin akan segera hilang apabila ia menyentuh kebaikan Palestin.

Memang benar bahawa kini terdapat pertelagahan di dalam gerakan Fatah itu sendiri, tetapi saya berani memberi jaminan bahawa perselisihan ini tidak akan membawa kepada perang saudara. Ia selalunya akan di selesaikan melalui perbincangan dua hala dan perbincangan ramai dan juga dengan dialog.

Mengenai perkara keselamatan, kita mesti memastikan bahawa alasan sebenar perkara ini adalah penjajahan (oleh Israel) yang mana mereka mesti berundur dari tanah Palestin.

Pihak Palestin akan merancang dengan pihak Mesir dalam menyelesaikan situasi ini dan merancang cara melaksanakan undang-undang mereka.