Lebih 312 kanak? Palestin dipenjara oleh Rejim Zionis

Ramallah, Jumaat , 10/12/2004 – Lebih 312 orang kanak-kanak Palestine ditahan di penjara-penjara dan di pusat tahanan oleh rejim Zionis menurut statistik rasmi Palestin yang di keluarkan pada hari Rabu.

Menurut laporan terbaru 12 kanak-kanak perempuan dibawah 18 tahun termasuk didalam perangkaan tersebut. Laporan tu menyelar Rejim Zionis Israel yang mengabaikan hak-hak asasi kanak-kanak seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa.

Laporan itu juga mendedahkan kanak-kanak didera, di pukul, tidak diberi makan dan tidak di beri tidur. Ia adalah untuk mendapatkan maklumat perisikan mengenai perjuangan rakyat Palestin.