Pejuang Palestin terselamat dari serangan semalam (9/12/2004)

Jumaat, 10/12/2004 – Pesawat Israel telah melepaskan roket ke arah kediaman pemimpin pejuang Palestin di utara Gaza. Jurucakap mengesahkan insiden semalam berlaku di bandar Bait Lahya.


Penduduk setempat berkata roket tersebut tepat mengenai kenderaan di luar rumah Mahmud al-Madhun, komander senior Brigade al-Aqsa.

Sementara itu, al-Jazeera melaporkan Jamal Abu Samhadana terselamat dalam satu lagi serangan di penempatan Jalur Gaza.

Pihak US apabila dihubungi mengatakan “Kami faham Israel berbuat demikian utk melindungi dirinya dari diserang tetapi Israel harus faham akibat dari perbuatan tersebut”.