Tentera Zionis Bunuh 548 Siswa Sejak Intifadah al Aqsa

Isnin, 13/12/2004 – Sumber-sumber rasmi Palestin menegaskan bahawa keadaan siswa-siswi Palestin di saat ini sangat mencemaskan. Mereka terus menjadi target pihak tentera Zionis Israel. Jumlah korban(baca : syahid) sejak meletusnya intifadah al Aqsa (September 2000) adalah seramai 548 siswa, dan yang mengalami kecederaan seramai 3500 orang. Manakala jumlah anak-anak dibawah umur yang ditahan adalah seramai 670 orang.

Menteri Pendidikan dan Pelajaran Palestin, Na?em Abu Himsh mengatakan bahawa siswa-siswi dibunuh oleh pasukan penjajah Zionis Israel dengan bersahaja tanpa ada rasa kemanusian. Malah siswa-siswi ini tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tentera Zionis Israel biasanya menembak terus siswa-siswai yang dalam perjalanan ke tempat pengajian. Na?em menambah lagi, mereka sekarang berhadapan dengan satu cabaran baru dalam mendidik dan beberapa program baru harus disusun bagi mendepani keadaan-keadaan darurat.