Selasa, 14/12/2004 – Seorang aktivis Palestin terbunuh manakala 3 rejim Zionis cedera dalam satu pertempuran di utara Tebing Barat iaitu di bandar Nablus. Sumber dari pihak Palestin dan Israel mengesahkan ahli HAMAS adalah antara yang terbunuh pada Isnin, 13/12/2004. Wakil al-Jazeera di Nablus, Hasan al-Titi berkata, “Pemuda bernama Ihsan Sawahna, 27 tahun terbunuh”.
Kereta kebal dan kenderaan tentera memasuki Nablus pada tengah malam. Mereka menyerang kawasan bernama Jabal Shimali dan pertempuran meletus di situ.
Sumber Israel menyatakan mereka memasuki Nablus bertujuan utnuk menangkap Sawahna, ahli HAMAS.
3 rejim Zionis cedera dalam pertempuran semalam. Pertempuran berakhir pada pukul 4 petang waktu Malaysia.