Selasa, 14/12/2004 – Seorang ahli pejuang kebebasan Hamas terlepas tanpa sebarang kecederaan pada Isnin lepas apabila sebiji bom yang diletakkan pada keretanya meletup di Bandar Syria di Damaskus, menurut sumber Palestin.
“Ini merupakan kejadian kali kedua di mana letupan tersebut ditujukan kepada ahli Hamas.” Menurut sumber tersebut. Menurutnya lagi, bom tersebut di letakkan di bawah kerusi pemandu, meletup selepas ahli tersebut dan anak perempuannya meletakkan kereta dan meninggalkan kereta tersebut.
Menteri dalam negeri Syiria menuduh agensi perisikan MOSSAD sebagai petualang disebalik serangan ini.
Penduduk Syria di tempat kejadian. Israel dipercayai dalang kepada insiden ini
“Pihak yang bertanggungjawab ini adalah daripada MOSSAD ataupun daripada pihak MOSSAD sendiri” menurut Ghazli Kenaan di dalam siaran Syiria, apabila merujuk kepada agensi perisikan Israel. Komen beliau disiarkan oleh agensi berita SANA milik Syria.
“Rakyat Palestin tersebut, seorang doctor gigi, dan isterinya sedang meletakkan kereta dan keluar darinya. Kereta tersebut meletup 5 minit kemudian selepas mereka meninggalkannya” lapor menteri tersebut.
Musa Abu Marzuk, timbalan biro politik Hamas menyatakan bahawa kenderaan tersebut milik ahli Hamas berbangsa Palestin. Dia enggan memberikan nama dan posisi ahli tersebut.
Beberapa pegawai Hamas yang menetap di Damaskus, di antaranya Khalid Mishaal yang merupakan ketua sayap politik Hamas. Dia pernah terselamat dari cubaan bunuh oleh Israil di Jordan pada tahun 1997.
Kenderaan sport berwarna perak tersebut segera dialihkan oleh pihak keselamatan dan pasukan penyelamat yang mengutip serpihan di sepanjang jalan kawasan banar Mazza menyatakan:
“Letupan tersebut amat kuat sehinggakan pintunya terbang ke dalam rumah saya dan tingkapnya bertaburan di seluruh bangunan.” Isam Abd al-Wahid, salah seorang penduduk memberitahu Reuter.
Kecederaan 3 orang yang lalu lalang di kawasan tersebut cedera di dalam letupan tersebut dan tingkap di kawasan berhampiran didapati pecah.
Letupan tersebut berlaku berhampiran sebuah hospital dan stesen minyak tetapi tidak ada kerosakan dilaporkan.
Kejadian ini berlaku akibat satu serangan berani di Gaza malam sebelumnya yang dilakukan secara bersama oleh Hamas dan Fatah yang mengorbankan lima askar Israel dan hampir 13 tercedera.
Israel dituduh berkali-kali cuba membunuh pihak pejuang Hamas yang bertapak di Syria. Seorang pegawai Hamas terbunuh apabila sebiji bom meletup di dalam keretanya di Damaskus pada 26 September lepas.
Letupan tersebut, dikatakan dirancang oleh Israel, membunuh Izz al-Din Subhi Shaikh Khalil, 42, dan mencederakan 3 orang awam. Pihak Syiria dan Hamas menyalahkan Israel di atas serangan tersebut.
Pada tahun 2003, Jet pejuang Israel meletupkan apa yang dikatakan oleh Israel sebagai kem latihan yang digunakan oleh kumpulan Palestin di Syria.